HEBAHAN MEDIA:
26 JANUARI 2021
Keciciran PdPR : MRM tawar bantuan gajet & data percuma kepada 300 pelajar yang memerlukan.
Kuala Lumpur – Multiracial Reverted Muslims (MRM) hari ini mengumumkan untuk menyalurkan bantuan kepada 300 pelajar yang terjejas sesi PdPR dengan memberikan gajet & data percuma.
PdDR yang bermula sejak Januari 2021 untuk pelajar sekolah menengah dan rendah seluruh negara diadakan sebagai kaedah norma baharu pendidikan yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Projek yang dinamakan NadiPelajar ini akan memberi peluang kepada pelajar dan murid yang tercicir semasa PdPR yang dijalankan seluruh negara.
Sejumlah RM150,000 telah diperuntukkan oleh MRM melalui MRM Plus Sdn. Bhd. iaitu sayap ekonomi kepada badan dakwah & kebajikan tersebut, untuk disalurkan kepada pelajar yang terjejas.
Pelajar yang layak untuk menerima bantuan gajet dan data percuma ini akan mendapat sebuah gajet dan tajaan data untuk kesemua penerima. Permohonan dibuka kepada seluruh Malaysia.
Pelajar dan ibubapa boleh memohon untuk bantuan ini melalui laman web mereka www.mrmcare.com/edu bermula 26 Januari hari ini.
Projek bantuan ini merupakan usaha menyahut gerakan bantuan tablet kepada pelajar yang nampaknya semakin diperlukan pada waktu pandemik Covid19 masih menyerang negara kita. MRM juga melakukan kerjasama dengan pihak korporat untuk bekerjasama bagi menyalurkan bantuan ini kepada murid dan pelajar.
MRM berbesar hati menjemput ibubapa dan guru untuk mengisi borang permohonan atas talian bagi mempercepatkan proses & bantuan dapat disampaikan kepada pelajar dalam kadar segera.
NadiPelajar adalah satu lagi inisiatif MRM yang diketuai oleh Saudara Firdaus Wong Wai Hung, seorang Usahawan & aktivis masyarakat. Usaha ini diharap memberi impak kepada 300 pelajar dan murid di seluruh negara sewaktu PdPR 2021. Maklumat lanjut dan borang permohonan atas talian boleh didapati di 03-41443300 / 3314 / 3315.
Sekian